KFC Spicy Sawadee Crunch : Review

6


Hi Korang!


Iday biasanya tak follow sangat trend menu baru Mcd dan KFC ni. Sebab Iday memang selalu order menu sama, Ayam Goreng Original. Memang tak pernah bosan, asyik order benda sama. Biarla banyak menu baru yang muncul. 


Tapi baru-baru ini, Iday ternampak satu video yang dikongsi oleh Mawar Rashid. Video tu actually video promo untuk menu baru KFC iaitu Sawadee Crunch. Tetiba nampak macam best, terus Iday ajak Islam untuk order delivery. Dasar pemalas. Haha




Iday order melalui telefon, nak order online tak dapat sebab lokasi kitorang tiada dalam senarai penghantaran. Kalau korang ada masalah macam ni, jangan risau, terus je call diorang di no ini 1300-222-888





Harga Set KFC Spicy Sawadee Crunch

Harga menu delivery dan dekat outlet berbeza taw. Kalau delivery ada extra charge, kos penghantaran. Berikut adalah harga-harga menu set KFC Spicy Sawadee


Harga dekat outlet :
- set sekali dengan regular mashed potato, coleslaw, air soft drink

3 ketul ayam : RM16.90
2 ketul ayam : RM13.50

Harga delivery :
- set sekali dengan regular mashed potato, coleslaw, 1 tin soft drink

3 ketul ayam : RM18.90
2 ketul ayam : RM15.90

So, Iday beli 2 set iaitu 3 ketul ayam dan 2 ketul ayam. Masa penghantaran adalah 1 jam. Iday ada buat video review, korang boleh tengok di video bawah :)



Overall, Iday memang puas hati dengan menu baru KFC ni sampai harap sangat KFC dapat kekalkan menu ni. 

Tapi awal-awal Iday cakap, pandangan orang berbeza. Kan nanti korang marah Iday pula sebab bila korang rasa tak sedap. Ikut selera masing-masing. Tapi ni review Iday :)

Apa yang best? Ayam dia memang 100%  crunch, masa makan tu siap bunyi. Bahagian paling best adalah bahagian drumstick. Crunchy dekat luar tapi isi lembut dekat dalam. Ada rasa masam masin, SEDAP! Rasa tomyam? Takde pulak, tapi sedap. Memang berbaloi untuk cuba. 

Order lagi? Yes, Iday memang akan order lagi, petang ni pon plan nak makan dekat KFC and order menu sama. Semalam pergi tapi dah habis. Huhuhu

Sesuai untuk kanak-kanak? Nak kata pedas, takde la pedas sangat. Maybe budak-budak 12 tahun boleh try. Kalau below tu, if diorang boleh tahan pedas sikit, tak jadi masalah. 




Harga pon bagi Iday tidak terlalu mahal, lagipon ayam yang Iday dapat memang besar. So, korang boleh la cuba menu baru KFC Sawadee Crunch ni okay.

Kalau dah try, boleh tinggalkan komen di bawah pandangan korang tentang menu ni. Hehe

Tags

Post a Comment

6Comments
  1. Kalau diberi pilihan akak lebih suka Hot & Spicy, KFC Sawadee ni x kena ngan tekak la...

    ReplyDelete
  2. tak try pn lg...lepas ni bleh try la..terliur tngok gambar2 ni hihi

    ReplyDelete
  3. haahhaa.. biasa la lain orang lain selera. tp sy mkn dkt shah alam. mmg ayam dia tak rangup.. maybe bgntung pd kfc tu jugak kot

    ReplyDelete
  4. Saya belum try..

    Memang teringin nak try..

    Harap harap dapat try

    ReplyDelete
  5. Ade balik la...ayam ni...tahun ini 2019..

    ReplyDelete
Post a Comment