Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018)

1

Hi Korang!

Anugerah Skrin 2018 TV3 baru sahaja berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari ini (Jumaat 2 November 2018) bermula jam 9 malam tadi.




Ramai pemenang dari kalangan otai-otai, macam Rashid Sibir cakap "Malam Ni Malam Otai". Tahniah kepada semua pemenang!


Kalau korang nak tengok ulangan, boleh tengok video di bawah. Tapi kalau nak check senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2018, korang boleh check senarai di bawah video ini.




Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2018 :



KATEGORI DRAMA


Drama Terbaik
→ Pendosa Ingin Ke Syurga



Pengarah Terbaik Drama
→ Rashid Sibir (Pendosa Ingin Ke Syurga)

Videografi Drama Terbaik
→ Nasarudin Ahmad(Nisaa)

Lakon TV Terbaik
→ Sofia J Rhyland (Aku Nazmi)

Penyunting Drama Terbaik→ Mohd Shahrul (Qalbu)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
→ Jay Iswazir (Aku Nazmi)

Pelakon Wanita Terbaik Drama
→ Nad Zainal (Fatonah Azali)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
→ Fauzi Nawawi (Qalbu)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
→ Fauziah Nawi (Pendosa Ingin Ke Syurga)

Drama Komedi Terbaik
→ Mat Dukun

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina)
→ Green Wall

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu)
→ Nur

Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian
→ Amyra Rosli (Nur)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian
→ Syafiq Kyle (Nur)














KATEGORI FILEM

Filem Terbaik
→ Dukun



Pengarah Terbaik Filem
→ Dain Said (Dukun)

Lakon Layar TV Terbaik
→ Huzir Sulaiman (Dukun)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
→ Shaheizy Sam

Pelakon Wanita Terbaik Filem
→ Umie Aida (Dukun)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
→ Namron (Dukun)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
→ Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku)











KATEGORI BUKAN DRAMA DAN TEKNIKAL


Rancangan Majalah Terbaik
→ 999

Rancangan Realiti Terbaik
→ Let's Cycle Season 3

Rancangan Anugerah Terbaik
→ Anugerah Skrin 2017


Tahniah kepada semua pemenang!!





--------

Iday memang suka Amyra dan Syafiq Kyle menang Anugerah Pelakon Terbaik Drama Rantaian sebab diorang mewakili drama Nur Hehehe

Drama Nur juga menang Anugerah Drama Rantaian Terbaik (versi Bahasa Melayu)! Tahniah!!






Drama feveret Iday tu, tak miss tengok. Siap cakap dekat Islam sebelum ni, mesti diorang menang anugerah. Sekali betul Hehehe


Tahniah juga kepada Umie Aida sebab menang untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem.

Tapiiiiii paling Iday happy Nad Zainal menang untuk Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem sebab Iday suka watak Fatonah dalam Fatonah Azali.



Then Iday juga happy Jay menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik sampai sebak dengar ucapan dia. Tapi memang terbaik pon lakonan dia. Tahniah!




Iday suka dengan senarai pemenang. Tak sangka Dukun banyak menang anugerah, tak sia-sia diorang tunggu sampai 12 tahun. 

Apa pandangan korang? Okay tak Anugerah Skrin 2018 malam ni? 


Post a Comment

1Comments
  1. Jemput join Planner 2019 Giveaway hehe :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html

    ReplyDelete
Post a Comment