Header Ads

Pindah Kedah, Bawa Mak Abah Jalan-Jalan Penang


Hi Korang,


Dari dulu sebenarnya plan nak tinggalkan KL sebab memang jenis tak suka tinggal dekat tempat yang sentiasa sibuk macam tu. Lagipon Iday ni bukan urban sangat, lagi suka tinggal di tempat yang sunyi macam kampung2 tu hehe

Tapi disebabkan dulu faktor kerja, memang terpaksa stay KL sampai lebih 10 tahun.

Then sekarang, Alhamdulillah sangat dengan kerja sekarang Iday boleh bergerak ke mana-mana or stay mana-mana as long as internet laju hahaha

Dan memang Allah tu sebaik-baik perancang, kebetulan Islam dapat kerja dekat Sungai Petani. So, bermula la episod Iday pindah ke Kedah dan memang plan nak stay sini untuk tempoh tempoh yang lama, InsyaAllah. hehe


Kitorang memang start dari zero balik macam awal-awal kahwin dulu.  Bila pindah rumah, hanya bawa barang yang senang bawak je ~ baju, bantal, selimut, pinggan mangkuk, kuali, periuk, bekas dapur.

So, bila stay rumah baru ni, memang semua benda beli baru. Sekarang rumah still kosong lagi, cuma dapur je dah penuh. Iday dah beli peti ais, rak besi untuk dapur dan rak pinggan.

Ruang dapur rumah ni memang kecil tapi Iday suka sebab ada tingkap besar dan ada pokok-pokok.


Set meja makan pula Iday beli dari Ikea je. Iday pilih warna hitam sebab tema rumah kali ni hitam, putih, brown (untuk perabot kayu) dan hijau (pokok-pokok).



Then Iday beli karpet dan meja kerja. Sementara takde sofa ni, Iday letak meja kerja dekat ruang tamu dulu. Nanti dah setel ruang tamu, baru letak dalam bilik kerja.

Sebenarnya memang banyak lagi yang tak complete tapi slow-slow isi apa yang patut dalam rumah ni. Hehehe Memang happy sangat dapat pindah rumah yang ada tanah ni sebab boleh tanam macam-macam.



Oh, hari tu Mak & Abah datang melawat rumah. Disebabkan Sungai Petani ni memang dekat sangat dengan Penang, bawa la Mak Abah pergi sana. Kiranya macam Day Trip la, sambil2 melawat tempat kerja adik Ami dekat Bertam tu.

Ini gambar-gambar masa bawa diorang hari tu :








Sebenarnya banyak lagi gambar tapi malas nak edit hahaha


Oh, apa yang paling paling paling best dekat Kedah ni. Barang makanan dekat sini sangat murah compare dengan KL hehehe

InsyaAllah, akan datang kalau rajin nak review tempat makan apa best dekat Sungai Petani ni. Kalau korang ada tahu tempat-tempat best makan, boleh komen kat bawah ye.

Okay la, tu je kot. Bye!








Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓


No comments