Neeta Naib Juara Big Stage 2019! (Keputusan Penuh Dan Markah)

1


Tahniah kepada Neeta kerana berjaya dinobatkan sebagai Naib Juara Big Stage 2019!

Sebenarnya Iday memang tengok Big Stage ni sebab Neeta jadi salah peserta. Memang minat Neeta dari awal-awal kemunculan band iamNeeta lagi.

Eh, siapa Juara? Hehehe

Sebenarnya sedih ni sebab Neeta tak menang sebab memang follow dari minggu pertama sampai final ni. Tapi takpelah, mungkin usaha kuat dan rezeki Han Byul melayakkan dia menjadi Juara Big Stage untuk tahun ni.

Tadi pon kalau tengok markah dari juri, Neeta mendahului dengan 60.90% manakala Han Byul pula 60.67%.


Tapi disebabkan undian peminat untuk Han Byul lagi tinggi, dia menang. Ramai betul peminat Han Byul ni. Rasanya peminat Haqiem Rusli pon undi Han Byul ni sebab Han Byul menyanyi lagu ciptaan Haqiem Rusli.

Iday paling suka persembahan Neeta ketika menyanyi lagu Ruang Mimpi. Serius terbaik la. Nasib baik Astro Gempak cepat je upload video persembahan tu. Boleh la tengok banyak lagi kejap lagi. Hehehe



Apa pon keputusan. Iday tetap happy untuk Neeta sebab orang dah start kenal Neeta dan Iday harap dia semakin bersinar dalam industri muzik Malaysia ni. Neeta tetap juara di hati peminat. Hehehe

Okay, ini keputusan penuh untuk Big Stage 2019 :

Juara : Han Byul
Markah Penuh : 70.33%



Naib Juara : Neeta
Markah Penuh : 68.66%



Tempat Ketiga : Adzrin 
Markah Penuh : 61.99%



Tempat Keempat : Irfan Haris
Markah Penuh : 60.35%



Tempat Kelima : Dinda Permata
Markah Penuh : 59.63



Kalau korang nak tengok pengumuman pemenang untuk Big Stage 2019, boleh check video dibawah :




Tahniah buat semua peserta dan pemenang. Lepas ni nak layan Mentor pulak hehehe

Okay. tu je la. Bye!



Post a Comment

1Comments
  1. tAK PUASHATI, PATUTNYA SANTESH YANG MENANG! INI SEMUA POYO

    ReplyDelete
Post a Comment