Resepi Roti Telur Cheese Meleleh Sedap

0


Resepi Roti Telur Cheese Meleleh (Tanpa Minyak) | Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni, macam-macam resepi viral yang Ida dah cuba.

Jadi artikel resepi kali ini, Ida nak kongsikan resepi yang banyak kali Ida buat dan tak pernah bosan iaitu Resepi Roti Telur Cheese Meleleh. Bagi Ida, resepi ni memang sangat mudah dan sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan

• 2-3 biji telur
• 4 keping roti 
• 2 keping cheese



Cara-cara membuat Roti Telur Cheese Meleleh

Cara sangat mudah, boleh rujuk video atau resepi bertulis di bawah :



1. Pukul telur sehingga sebati


2. Masukkan serbuk black pepper

3. Potong roti kepada 4 bahagian, kalau nak buat sekeping terus pon boleh. Ida buat mini sebab kuali rumah tak cukup lebar hehe

Kemudian potong cheese kepada 2 bahagian. Nak pakai sekeping terus pon boleh. Ida buat mini sebab tu kena pakai sebelah je.


4. Masak telur atas kuali non-stick


5. Letak 2 keping roti, boleh ratakan acuan telur atas roti tadi.

6. Terbalikkan telur dan letak cheese. Kemudian lipat roti telur tersebut. (boleh rujuk video resepi diatas)

7. Masak sehingga kekuningan. Angkat dan siap untuk dihidang!


Senang je! Yang penting sedap hehe kalau suka cheese, boleh letak lebih sikit.

Selamat mencuba!




Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)