Kenali Pelakon Drama Takdir Yang Tertulis (Slot Samarinda TV3 & iflix)

0


Pengarah terbaik yang pernah menghasilkan drama Nur Dan Nur 2 dahulu, Budak Ijat kini tampil dengan drama terbaru yang baru ditayangkan pada 21 Januari 2021 di Slot Samarinda TV3 dan bersiaran secara ulangan di iFlix. 

Drama yang dimaksudkan adalah drama Takdir Yang Tertulis yang dibarisi oleh ramai pelakon hebat antaranya Nad Zainal, Nazim Othman dan ramai lagi. 

Drama ini mengisahkan tentang konflik perhubungan antara empat sahabat dan juga kisah rumah tangga antara Juweta dan Azlan yang semakin teruk. Pergaduhan mereka turut disaksikan oleh anak mereka, Mika.  

Ini adalah sedikit info tentang pelakon-pelakon drama Takdir Yang Tertulis :


Hakim - Kawan Baik Dan Peguam Azlan

Watak Hakim yang juga kawan Azlan dalam drama Takdir Yang Tertulis dibawakan oleh pelakon Muaz Aidil Fitri Maslan. 

Pelakon yang pernah membawa watak Cikgu Haikal dalam drama Cari Aku Di Syurgamu ini dilahirkan pada 26 April 1991 dan memasuki usia 30 tahun pada tahun ini. 

Dia sekarang sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pengurusnya sendiri, Qaseh Anita yang lebih berusia 15 tahun darinya. 


Ruzita - Adik Ruhila

Dalam drama ini, Iman Suhana melakonkan watak Ruzita atau Ita, adik kepada Ruhila, kawan baik Juweta. 

Drama lakonan pertama Iman Suhana adalah telenovela Monalisa yang ditayangkan pada tahun 2018 memegang watak Melina.

Iman Suhana atau nama sebenarnya Norsuhana binti Mohamad Wahid dilahirkan pada 19 April 1990 dan memasuki usia 31 tahun. 


Dia telah berkahwin sekitar Mac 2018 dan mempunyai seorang anak perempuan yang memasuki umur 2 tahun pada 18 Disember lalu. 


Che Salmah - Ibu Ruhila & Ruzita 

Pelakon dan pelawak, Didie Alias atau nama sebenarny Fadzilah binti Mohd @ Ali  mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak tahun 1988. Dalam drama ini dia memegang watak Che Salmah, ibu kepada Ruzita dan Ruhila.

Dia dilahirkan pada 11 Januari 1972 memasuki usia 49 tahun pada tahun ini. 

Didie Alias pernah berkahwin dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1991 namun bercerai pada tahun 2000, hasil perkongsian hidupnya dengan Didie, beliau mendapat 4 anak.

Dia kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail yang lebih muda 3 tahun darinya pada 8 Mei 2009. 

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 27 Julai 2014. Ketika itu dia berusia 42 tahun.


Kak Jo - Orang Gaji Juweta

Uchee Fukada atau nama sebenarnya Nurlina Syafiqah Zakbah mula terkenal dengan watak Uchee Hanat dalam drama Nur 2 dengan dialog “Wongshe Wongshe”. 

Dia sebenarnya penolong pengarah tetapi sering menjadi pelakon yang dipilih saat-saat akhir.

Dalam drama ini dia memegang watak sebagai Kak Jo, orang gaji yang berkerja di rumah Juweta dan Azlan.

Ibu kepada 3 orang cahaya mata ini dilahirkan pada 11 November 1989 dan tahun ini memasuki usia 32 tahun.



Lagi 5 watak utama, korang boleh tengok dalam video di bawah :


Korang boleh tengok drama ini secara ulangan di aplikasi iflix atau website iflix. Iday ada sediakan pautan untuk korang di bawah :

Takdir Yang Tertulis Full Episode : https://www.iflix.com/my/en/title/show/20072


Selamat menonton!

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)