Senarai Perkahwinan Artis Malaysia Sepanjang Tahun 2022

1




Pejam celik kita dah masuk tahun 2022. 
Tahun lepas (2021) memang ramai yang berkahwin walaupon dalam keadaan wabak pandemik. 

Kali ini Iday nak senaraikan Perkahwinan Artis Malaysia Sepanjang Tahun 2022. Senarai ini akan ditambah dari masa ke semasa. 


1. Heliza Helmi & Datuk Seri Mahadi

Dengan sekali lafaz, penyanyi Heliza Helmi sah bergelar isteri kepada jutawan ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 1 Januari 2022.





Heliza yang berkahwin di usia 35 tahun menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskah al-Quran.

Suami Heliza, Datuk Seri Mahadi merupakan pangasas dan presiden syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan. 


Nur Heliza binti Helmi dilahirkan pada 3 Februari 1986 dan tahun ini memasuki usia 36 tahun. Manakala Datuk Seri Mahadi memasuki usia 39 tahun pada tahun ini. 



2. Azzam Sham &  Sheryl Shazwanie

Penyanyi dan juga juara Big Stage Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie sah menjadi pasangan suami isteri pada 1 Januari 2022 di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan.

azzam sham sheryl kahwin

azzam sham sheryl kahwin

Sebelum ini mereka mengikat tali pertunangan pada 30 September 2021 sempena hari lahir Sheryl.

Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham atau lebih dikenali sebagai Azzam Sham dilahirkan pada 29 Jun 1997 dan tahun ini memasuki usia 25 tahun.

Sheryl Shazwanie dilahirkan pada 30 September 1997 memasuki usia 25 tahun pada tahun ini.


Jadi ini antara artis Malaysia yang berkahwin sepanjang tahun 2022. Senarai ini akan ditambah dari masa ke semasa. 

Sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka melayari alam rumah tangga. 


Post a Comment

1Comments
  1. Pasangan kedua tu tak kenal pulak tapi Selamat pengantin baru anyway. Semoga bahagia hingga ke Jannah

    ReplyDelete
Post a Comment