Perkembangan Terkini Tanah Runtuh Di Batang Kali (Jumlah Mangsa Selamat & Terkorban)

0



Hari ini 16 Disember 2022, Malaysia dikejutkan dengan berita tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father Organic Farm, Batang Kali.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.24 pagi.

Kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa terperangkap di tapak perkhemahan sedang dijalankan.

Ini adalah perkembangan terkini jumlah mangsa yang terselamat dan terkorban dalam tragedi menyedihkan ini. Maklumat akan ditambah mengikut data terbaru yang diperolehi oleh pihak berkuasa.

Difahamkan seramai 94 orang berada di tapak lokasi. 

9 Pagi

Jumlah Mangsa Selamat : 22 Orang

Jumlah Mangsa Terkorban : 2 Orang

 


10.43 Pagi
 
60 dijumpai selamat.

9  meninggal dunia

25 masih belum dijumpai.



11 Pagi

13 mangsa terkorban

Mangsa yang terkorban ada yang telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, manakala sebahagiannya lagi masih berada di lokasi tragedi 

11.50 Pagi

Seramai 7 mangsa yang cedera di tragedi Tanah Runtuh Batang Kali telah dihantar ke hospital. 

Hospital Kuala Kubu Bharu : 3 mangsa

Hospital Selayang : 3 mangsa

Hospital Kuala Lumpur : 1 mangsa 


12 Tengahari

61 orang selamat

13 orang meninggal dunia
- 2 kanak-kanak lelaki
- 1 kanak-kanak perempuan
- 8 wanita dewasa
- 2 lelaki dewasa

20 masih hilang


1 Petang

Jumlah Selamat: 61 orang

Jumlah Meninggal: 16 orang

Jumlah Belum Dijumpai: 17 orang

Operasi menyelamat masih dijalankan




7.10 Malam

21 mangsa disahkan meninggal dunia

Seramai 61 mangsa terselamat dengan beberapa daripadanya cedera.

12 lagi belum ditemui.


Kerajaan memberi sumbangan RM10,000 untuk setiap mangsa yang meninggal dunia dalam runtuhan tanah di Batang Kali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan wang ihsan RM1,000 juga diberikan kepada ketua isi rumah mangsa yang tidak terbabit dengan kematian.

Perkembangan Terkini Tanah Runtuh Di Batang Kali (Jumlah Mangsa Selamat & Terkorban)


Semoga dipermudahkan segala usah mencari dan menyelamat di kawasan tanah runtuh Batang Kali. Salam takziah buat keluarga mangsa.


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)