Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Resepi Ayam Masak Kicap Berempah Mudah dan Cepat

resepi ayam masak kicap berempah - cepat dan simple

Hi

Sempena bulan puasa ni, Iday akan cuba update entry resepi masakan yang Iday masak untuk berbuka puasa. Yang pasti, resepi ini sangat mudah dan cepat. Sesuai la pada mereka yang sampai lambat ke rumah and takut tak sempat nak masak masakan berbuka. Hehehe




Kali ini Iday nak share resepi Ayam Masak Kicap Berempah. Sebelum ini Iday hanya masak Ayam Masak Kicap Halia dan Daun Sup, tapi kali ni lain sikit, Iday pakai rempah. Hehehe 

Iday juga memasak menggunakan pemanggang ajaib, kalau korang nak guna kuali pon boleh. Hehe

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan Masakan

Ayam dipotong sederhana - Iday guna 1/2 ayam
2 sudu makan serbuk rempah kari - Iday guna rempah masak hehe
Kicap lemak manis
Sos tiram
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Garam (jika perlu)
Minyak masak
Sedikit air 

Bahan Tumisan

3 tangkai daun kari

1 labu bawang besar - dihiris
1 inci halia - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris


Cara Memasak
1. Panaskan minyak dalam pemanggang ajaib dan tumiskan Bahan Tumisan sehingga wangi



2. Masukkan ayam, gaulkan bersama bahan tumisan kemudian tutup pemanggang ajaib dan biarkan selama 5 minit. 

3. Masukkan serbuk kari dan gaul rata.

4. Masukkan kicap, sos tiram,cili merah, cili hijau. Yang ni korang ikut citarasa korang. Iday suka pekat dan banyak kicap, so iday lebihkan kicap. Kemudian tambah air. Iday bagi cair supaya kuah meresap dalam ayam. hehehe

5. Tutup pemanggang dan biarkan sehingga 5 minit. 

6. Ayam dah masak, so hidang je! hehehe


Kalau pakai kuali, step 2 dan 5 tu boleh tutup dengan penutup periuk. Hehe

Senang kan! dah siap pon. Makan dengan nasi putih kosong pon dah sedap. Kalau korang nak letak sayur, boleh letak lobak atau kacang panjang. Hehehe

Dah masak,so dah boleh berbuka puasa :) eh, tunggu waktu berbuka dulu. Hehe





Selamat berbuka puasa! Kalau dah cuba boleh tag Iday ye >


Instagram Iday : @sayaidaydotcom

Facebook Page : facebook.com/sayaiday 



No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List