Filem Bisik Pada Langit - Jalan Cerita Terlalu Mudah




Hi Korang,

Eh, jangan kecam pulak dengan tajuk artikel ni. Walaupon "Jalan Cerita Terlalu Mudah" tetapi memang dalam mainan emosi. Itu Iday akan explain dekat artikel bawah. Sabar ye akak abang. Hehehe



Apa yang terdetik dekat hati nak tengok bila tahu barisan pelakon dalam filem ini yang memang power-power. 

Beto Qushairi, jangan kata la setiap lakonan dia dalam filem atau drama memang beri kesan mendalam. Naim Daniel, pelakon kanak-kanak yang berbakat besar. Jalil Hamid? Memang korang duduk bawah tempurung la kalau tak kenal. 

Ummi Nazeera, aku sampai sekarang ingat watak dia dalam Nur Kasih, menyampah je kalau ingat balik. Macam tu hebat dia menghayati watak. Dan Fadilah Mansor. Siapa tak kenal pelakon hebat ni. 

Okay, aku sebenarnya sebelum ni nak tulis pasal Bisik Pada Langit dekat blog, tapi asyik terbabas je. Tapi aku ada nampak post dari Haziq Zulkifli di Facebook, so aku just nak komen and tambah sikit apa dia cakap. Boleh? Hehehe



Sebenarnya 100% aku setuju dengan pandangan Haziq ni. Haziq cakap filem ni kejam. Memang kejam la kalau buat hujung bucu tudung aku basah teruk. Dah la akak ni hati tisu. Haha




1. Aku keluar panggung dengan mata merah dan tisu basah. Sumpah aku tak tahu macam mana nak cerita. Filem ni main emosi. 

Betul, mata memang merah. malu sebenarnya sebab nangis sampai teresak-esak. Kalau cerita yang dikaitkan tentang mak ayah memang buat emosi aku lemah. Sedih pula bila fikir banyak susahkan mak and abah.



2) Jalan cerita terlalu mudah. Sinopsis mungkin ia hanyalah cerita typical seorang ayah yang sayangkan anaknya.  Cerita ini memang tentang seorang ayah yang terlalu menjaga amanahnya dlm membesarkan anak daranya. Ia nampak mudah tapi ia tidak semudah yg kita sangka. Siap tisu!

Betul, sinopsis dia nampak mudah, even kalau kau tengok trailer pon kau macam boleh agak apa jalan cerita dia. Tapi jangan tertipu. Ada lagi pengajaran lain dalam drama ni. Watak Naim Daniel pon bagi aku menarik. Kena tengok okay.

3) Sempurna! Arahan Khabir Bhatia dan lakonan hebat para pelakon tidak perlu disangkal. Sentuhan Khabir masih berbisa. Selain itu, lakonan Jalil Hamid, Beto Khusyairi, Naim Daniel, Ummi Nazeera & Fadhilah Mansor sangat memberi kesan. Ada part yang tak perlu dialog tp ekspresi mereka mampu menyentuh hati.

Iday pon ada mention dekat atas tu, macam mana hebat lakonan pelakon-pelakon dalam filem ini. Tapi mana-mana filem berjaya, pengarah jugak memberi impak pada kejayaan tu. Khabir Bhatia kot. Then diorang guna gaya percakapan yang memang orang Malaysia pakai. Senang nak faham.  Bukan bahasa gangster. eh. Hehehe



4) Aku terpaksa mengakui filem ini indah. Aku bukan org filem or org drama tapi sinematografi dan juga kesinambungan cerita ni sumpah tahap dewa dia bagi. Gambar cantik, pemandangan lawa lepastu scene dia semua la terbaik.



Dulu Iday suka tengok The Journey, cinematography memang power. Bisik Pada Langit pon sama. Ala, kalau tengok trailer pon tahu. Awal-awal scene pon dah buat mata kau melekat dekat cerita ni.

5) Menguji minda untuk menuju ke titik akhir cerita. Jika anda rasa anda bijak untuk meneka ending cerita ini, anda tak cukup bijak. Sumpah jalan cerita dia tak terduga. Ada few scene yg buat aku question. Tp itu hanya cebisan daripada berjuta perkara yg hebat dalam filem ini.

Ini best, aku suka tengok filem yang kau takkan dapat agak ending dia. Aku andaikan macam-macam bila tengok filem ni, aku reka ending aku sendiri tapi lain jalan cerita dia. 

6) Filem mendidik masyarakat. Aku rasa dah tiba masanya filem-filem berbentuk kemanusiaan diangkat dan dijulang. Sebab tu aku puas hati gila apabila filem Adiwiraku menang FFM (okey lari topik). Tapi ini realiti utk kita didik masyarakat kita. Untuk filem ini, apa yang boleh diketengahkan ialah ikatan kekeluargaan itu sgt penting. Dalam adik beradik ada pengorbanan. Dalam membesarkan anak- anak ada pengorbanan. 

Point dari Haziq ni paling aku suka, aku nak filem-filem macam ni. Bukan setakat kisah cinta, gangster, otai no 1 kl atau seram. Aku nak cerita yang ada bagi impak dekat masyarakat Malaysia. Aku suka genre filem Malaysia macam ni. Ada motif. Kalu nak bandingkan filem dulu-dulu (rempit) . Apa motif?




Okay la, aku pon tak nak bagi spoiler banyak-banyak. Kalau ikut hati, nak je tulis apa aku suka dalam filem tu, dialog Beto, sumpah baik budaknya dalam cerita tu. Calon menantu pilihan tu. Hahaha

Korang pergila tengok filem ni dekat pawagam ye. Ini bukan sebab support filem Malaysia ke ape, tapi aku nak ajak korang tengok filem bermutu. Hehehe


Siapa dah tengok filem ni? share sikit perasaan or pengalaman korang di komen bawah :)





Till then, Bye!






Others Post




10 comments:

  1. dh tgk jugak...mmg best...menangis tu dh semestinya

    ReplyDelete
  2. Salam kenal Say...
    Setuju dengan awak....mmg jalan ceritanya sempoi tapi cukup beremosi... Tang part sedih tu mmg mencucuk jiwa betullah...Pompuan kalau tgk cerita ni tak nangis tak taulah ....

    ReplyDelete
  3. Aku selalu je tengok citer sedih.. tapi ni paling dahsyat dia siksa aku memangis setiap masa.. Tapi aku rasa ini bukan karya terbaik Kabir Bhatia.. Tapi cerita ini terutamanya flashback memainkan peranan besar buat aku menangis..

    ReplyDelete
  4. Cite ni bile tgk rase mcm nk spread the words suh semua org tgk.. Especially those yg skeptical dgn filem2 tempatan..tho can we blame them?huuu so this film should be an eye opener that local films can still be cherished and valued

    ReplyDelete
  5. Sebuah karya yg bermutu dr Kabir Bhatia yg semua mesti tonton. Byk mesej dlm cerita ini...ttg keluargaan- kasih syg adik beradik, anak beranak, pengorbanan dlm keluarga. Ia juga mendidik kita bahawa dlm hidup ini redha Allah perlu di dahulukn..perancangan & ketentuan-Nya.
    Harapan yg tinggi pd Hajar merubah nasib keluarga bila dia tamat pengajian...namun harapan & kebergantungan hidup sebenar perlu di sandarkn pd yg satu, Allah swt.
    Lakonan para pelakon yg sgt berkesan & lokasi pengambaran yg cantik ! Syabas Kabir Bhatia ! Good job! 5 stars filem 👍👍

    ReplyDelete
  6. saya setuju dengan Pn Hasshimah.....filem ini mendidik kita supaya kita sebagai hambaNYa, perlu redha dengan Qadha'dan Qadar Allah Taala......selain mesej-mesej lain yang mementingkan nilai kasih seorang ayah, hargai kelebihan setiap anak dengan tidak membanding-bandingkan mereka, membawa kita mengingati mati......dan perlu bersedia, menerima dengan hati yang lapang sekiranya ada ahli keluarga kita yang dijemput dahulu sebelum kita..... Walaupun terdapat kelemahan, moral value dalam cerita ini harus diangkat tinggi. Tahniah Kabir Bhatia!

    ReplyDelete
  7. Bkn stakat mengajar kita what it means to have children tapi juga mengajak kita menyelam lebih jauh untuk memahami meaning yang Allah intends for us to have when we have children

    ReplyDelete
  8. Terbaik? mungkin penulis ni kurang pentingkan jalan cerita dan hanya lebih pentingkan sedih dan sedih. Jalan cerita filem ini sangat mengarut. Lakonan hebat saja tidak cukup kalau ceritanya tak bagus. Cuba bandingkan sinopsis filem ini dan filem sebenarnya? langsung tiada sangkut paut.
    Belum cerita soal anak yang kemalangan, bapa masih dok bercerita soal larangan naik Motor? ini dikatakan INDAH?
    tiada tanda2 kelam kabut untuk melawat anak yang koma di Australia. hanya tenang dan marah sebab tak bagitahu si bapa soal anak yang naik motor. Isu itu nampaknya sangat besar kalau nak dibandingkan dengan kemalangan.
    Sejarah mereka 3 beradik juga tak digambarkan kepada penonton. yang kita nampak adik yang marah dan benci pada kakak. marahkan bapa, sampai fitnah kakak yang nak mati dan dah mati. semuanya main shortcut je. kebiasaan filem melayu mmg macam ni, shortcut untuk plot2 yang penting dan dibanyakkan plot2 yang tak penting.
    adoi malas menulis lagi sbb byk sgt yg kurang dlm filem ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko dah kenapa...try buat filem dulu lah Baru komplen. ckp mcm bagus je mendongak langit ... Sah2 jenis 'I don't care' punya org

      Delete
    2. Betul. Sedih memang sedih, tapi saya rasa kesedihan tu datang sebab kita lihat kesemua watak menangis dalam filem ni; cuba kalau watak tak menangis, korang rasa korang akan nangis jugak ke? Sebagai penonton, saya juga mahu tahu kenapa si Adik seakan tidak suka pada kakaknya, apa yang si Abang korbankan demi Hajar. Watak Hajar dan Irwan pun agak kurang kimianya. Pada saya la, watak-watak dalam cerita ni belum cukup diperkembang dek kerana plot yang agak ringkas. Keseluruhannya, filem ni masih pada paras okay sahaja, belum cukup umph. Apapun, itu pendapat peribadi saya sebagai salah seorang penonton marhaen. Sebagai penonton kita ada hak untuk memberi pendapat, takkan lah nak tonton dan terima sahaja, betul tak? Letih juga setelah sekian lama hanya satu dua filem sahaja yang umph, dan yang lain hanya acah-acah sahaja.

      Sekian.

      Delete

Follow My Instagram

Blog Archive