Kesan Ringgit Malaysia Jatuh?

7

 
credit gambar : Google
Semalam iday ada baca banyak news pasal Ringgit Malaysia jatuh, ada share gambar newspaper dari Singapore & Brunei. Iday tanya islam , apa kesan ringgit jatuh? kenapa harga minyak turun lepas subsidi dihapuskan? So macam-macam soalan dalam kepala otak ni haaaa. So, taip je la kat Google Carian tu, hehe melayu sangat. 

Agaknya, orang yang yang baca ni, mesti ingat aku malas dulu masa kelas ekonomi. aku pon dah lupa apa aku belajar dulu. Banyak main je. hehehehe :p

So, semalam lepas google, baru dapat 1 penerangan mudah tentang apa kesan jika ringgit jatuh. 

 Apabila Malaysia mengimport barang-barang keperluan dari negara luar, Malaysia akan mengeluarkan lebih wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai Ringgit yang jatuh menjunam sekarang... Dalam bahasa mudah, Malaysia membayar harga yang lebih tinggi berbanding harga asal disebabkan kejatuhan nilai Ringgit.

Kemudian,di sinilah punca kenaikan harga barang berlaku,, ia berlaku apabila pembekal yang mengimport barangan tersebut tidak akan menanggung kerugian kesan dari kejatuhan nilai Ringgit ini akan memindahkan beban tersebut kepasa pengguna.. so, dalam kata lain diorang akan naikkan harga barangan tersebut dan pengguna yang mendapat kesannya.

Kesimpulannya : NILAI RINGGIT JATUH > HARGA BARANG NAIK

-Sumber Facebook


Yang ni iday share sebab iday rasa ada logicnya, ke macam mana? Sesiapa yang lebih tahu boleh komen dan explain, kot-kot iday explain ni tak betul. Hehehe

Tags

Post a Comment

7Comments
  1. sebab tu adalah lebih elok untuk tak menyimpan duit di bank. sebab lama kelamaan kuasa membeli duit kertas ni semakin naik.

    kalau ada duit simpan kt bank, baik keluarkan dan beli aset. contohnya macam emas.

    *ini cuma pandangan saya*peace*

    ReplyDelete
  2. bahaya tu.. makin teruk la tahun depan inflasi

    ReplyDelete
  3. kalau ringgit malaysia jatuh, maknanya ringgit malaysia makin murah di pasaran dunia. kan?

    ReplyDelete
  4. saya pun tak pasti ttg hal ini. tapi, kalau kesannya begitu hebat, habislah semua barang naik. hmm

    ReplyDelete
  5. sebab tulah masa krisis ekonomi 1997 tun peg RM @ 3.80 against USD. pegging ni mengelakkan kejatuhan harga lebih teruk. negara kita BANYAK BERGANTUNG pada HASIL MINYAK ( PETRONAS), jd bila harga minyak dunia jatuh dari USD110 ke USD70, ia SECARA LANGSUNG MENJEJASKAN KEUNTUNGAN PENJUALAN MINYAK dan PENDAPATAN NEGARA.

    ReplyDelete
  6. Aiyayai habis lah kalau jatuh hmmm hmm

    ReplyDelete
  7. Emas akan jadi matawang yang amat bernilai suatu hari nanti,tanda2 kiamat juga dah jelas nampak. Kalau ada duit lebih tu cepat2 lah kumpul beli emas.
    Emas akan naik di celah2 kemerosotan ekonomi dunia dan masa tu duit FIAT dah tak berguna lagi dan tak bernilai lagi.
    Percayalah....
    [url=http://www.suppliersimkad.com] menjana pendapatan [/url]

    ReplyDelete
Post a Comment