Fakta Utama Kejadian Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

1

Assalamualaikum, 

Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampong Datok Keramat dan kira-kira 25 mangsa terkorban yang terdiri dari pelajar tahfiz dan 2 orang dewasa (warden).




Update 17 September : Kebakara berpunca daripada tindakan khianat 7 remaja.

→ Motif kebakaran berlaku berpunca daripada ejek-mengejek antara tujuh suspek yang ditahan dan sekumpulan pelajar pusat tahfiz tersebut.

→ Semua tujuh suspek yang ditahan berusia di antara 11 dan 18 tahun dan tidak bersekolah

→ Enam daripada mereka positif dadah jenis ganja dan dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan merusuh dan curi kenderaan.

→ Polis sahkan dua tong gas yang ditemukan di tingkat dua dibawa naik dari tingkat bawah.

→ Rakaman CCTV premis berhampiran bantu dalam memberi petunjuk terhadap penahanan semua suspek.

→ Penahanan itu dilakukan hasil pengecaman wajah seorang remaja melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut.

→ Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 435 sebab khianat menggunakan api.



Berikut adalah kronologi kejadian yang Iday dapat dari sumber yang boleh dipercayai iaitu Astro Awani dan Berita Harian. 

Kebakaran berlaku di tingkat 2 Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dipercayai bermula pada pukul 5.10 pagi.

 Disedari oleh penghuni yang tinggal berhadapan dengan pusat tahfiz tersebut, Nurhayati Abdul Halim. Beliau mengarahkan menantunya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


 Menurut saksi kebakaran tersebut, beliau melihat lambaian dan jeritan pelajar-pelajar tahfiz sebelum hilang selepas 20 minit dan api semakin marak. 


 En. Hazim iaitu saksi lain yang tinggal berhampiran dikejutkan oleh isteri beliau dan cuba membantu mangsa kebakaran tersebut.

 Menurut Hazim, ketika itu api hanya merebak di sebahagian bangunan tersebut namun usaha menyelamat tidak dapat diteruskan kerana pintu utama dijilat api.


 Hazim turut membantu  menyelamatkan mangsa yang pelajar yang menggelungsur turun dari saluran paip air dan ada juga yang terjun dari bangunan. 

 Seorang pelajar yang terselamat iaitu Mohd Danial Borhan nekad keluar melalui tingkat dengan berpaut pada batang paip. Ketika kejadian, Danial sedang tidur dan terjaga apabila terhidu bau asap dan terdengar jeritan memaklumkan berlaku kebakaran.


 Menurut Danial, kira-kira 13 orang yang berjaya menyelamatkan diri menerusi batang paip dan juga terjun dari bangunan tersebut.

 Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Abu Obaidah Mohamad berkata kejadian itu dipercayai bermula dari pintu asrama yang terletak di bahagian tengah asrama


 Menurut beliau, ada kemungkinan punca kebakaran akibat lintar pintas kerana ada kotak suis elektrik di sebelah pintu berkenaan.

 Bomba menerima panggilan pada jam 5.41 pagi dan api berjaya dipadamkan pada pukul 6.45 pagi.

 Setelah api berjaya dipadamkan, pemeriksaan mendapati mangsa berkumpul di 3 tempat sudut berlainan.

- Di penjuru kanan : 13 orang
- Berhadapan pintu tangga utama : 1
- Di sudut sebelah kiri : 8




  Melibatkan 50 anggota bomba dalam operasi memadamkan kebakaran.

  Setakat ini seramai 22 mangsa korban tetapi jumlah mangsa yang sebenar akan diberitahu kemudian.

 Beberapa anggota keluarga tiba di tempat kejadian tetapi dipindahkan ke surau bersebelah Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah kerana emosi yang tidak stabil.



 Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan berkata kejadian ini patut dijadikan sebagai salah satu pangajaran supaya aspek keselamatan sesebuah bangunan mengikut spefikasi yang telah ditetapkan oleh Bomba dan DBKL.



 Menurut beliau, DBKL memaklumkan bangunan tersebut belum mendapat kelulusan DBKL dan struktur bangunan yang tidak mematuhi spefikasi keselamatan hanya ada satu tangga, dan hanya ada satu pintu keluar. 

 Urusan mandi, kapan dan solat jenazah mangsa kebakaran dilakukan di Hospital Kuala Lumpur

 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuk juga menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi gambar dan video mangsa kebakaran di social media bagi menjaga hati keluarga mangsa kebakaran.

 Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramaniam dalam kenyataan terbaru menyatakan ujian DNA akan dilakukan untuk mengenalpasti identiti mangsa.

 3 adik-beradik ini adalah antara mangsa yang meninggal ketika kejadian kebakaran pusat tahfiz ini. Mereka adalah Muhamad Haris Ikhwan, Hafiz Iskandar & Syafiq Haikal 





Bukan Litar Pintas Penyebab Kebakaran

 Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran bukan berpunca daripada litar pintas. 

  Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. 

  Ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak.

Iday akan update artikel ini dalam masa ke semasa apabila mendapat info yang terbaru. Tujuan Iday buat artikel ini supaya senang nak tahu tentang kronologi kejadian dan fakta utama kebakaran Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah ini.

Iday memang sedih sangat saat tulis artikel ini, even tengok video saksi kejadian juga memang sedih. Tak dapat bayangkan keluarga mangsa yang menjadi korban dalam kemalangan ini. 

Salam takziah untuk semua keluarga mangsa korban. Iday harap kejadian seperti ini tidak akan berlaku dan pihak berkenaan akan bertindak supaya kejadian ini tidak akan berulang lagi. 


Sumber : Astro Awani & Berita Harian
Tags

Post a Comment

1Comments
  1. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun

    Selalu sangat jadi macam ni

    ReplyDelete
Post a Comment