8 Fakta Menarik Ernie Zakri Yang Ramai Tak Tahu (Anak Saudara Ziana Zain)

17

Hi Korang!

Artikel kali ini Iday nak share tentang 8 fakta menarik tentang Ernie Zakri yang ramai orang tak tahu. Sebenarnya fakta-fakta ini pon Iday baru tahu selepas membuat sedikit research untuk tahu siapa sebenarnya Ernie Zakri.

Tapi kalau korang dah tahu, takpe. Artikel ini perkongsian untuk orang yang tak tahu. Haha



Sebab Iday kagum dengan vokal dan persembahan Ernie Zakri ketika pentas akhir Anugerah Juara Lagu. So, dah jadi peminat Ernie ni. Hehehe

Anak saudara Ziana Zain dan Anuar Zain

Ernie Zakri merupakan anak saudara Ziana Zain dan Anuar Zain tetapi tidak pernah menggunakan nama mereka untuk menempa nama dalam industri nyanyian. 

"Saya rasakan biarlah saya bertatih sendiri untuk mencari tapak dalam bidang yang saya cintai ini. Mereka juga melalui jalan yang berliku untuk sampai ke tahap sekarang, jadi biarlah saya merasai pengalaman yang sama walaupun mencabar", kenyataan Ernie dalam Astro Gempak Jan 2017.

Ernie dan Ziana Zain pernah menjadi penghias muka depan sisipan Rap di Harian Metro pada edisi Jun 2017.


Ziana Zain juga mengucapkan tahniah di Instagram dan kemudiannya mendapat komen dari Ernie Zakri "Thank you so much Mak Long"


Comel tengok Anuar Zain dalam video ni hehehe


No wonder suara Ernie Zakri power, rupanya memang berdarah seni. Iday hormat keputusan Ernie Zakri yang ingin dikenali atas usahanya sendiri dalam bidang nyanyian. 

Atleast dia nak rasa kesusahan macam mana nak menjadi penyanyi di Malaysia, tapi bukan sekadar penyanyi biasa, penyanyi yang mempunyai vokal yang hebat. 


Juara Bintang RTM 2009

Ernie Zakri bukan sahaja dinobat sebagai juara Bintang RTM 2009 tetapi juga mencipta rekod baru apabila menjadi peserta termuda Bintang RTM. 

Ernie Zakri ketika itu berusia 17 tahun menyanyikan lagu berjudul Kau Yang Istimewa (nyanyian Aishah) dan Cahaya (Kris Dayanti).


Walaupun pernah memenangi Bintang RTM 2009, Ernie meluahkan dia masih belum diketahui ramai. Iday memang tak pernah tengok Bintang RTM so lagi la tak pernah tahu tentang Ernie ni. 

Masa tahun 2009 tu dekat universiti busy buat final project. konon :p


Pernah menjadi Guru Vokal Siti Nordiana, Sarah Raisuddin, Amira Othman dan Azza Elite


Ernie Zakri pernah berputus asa apabila karier nyanyian tidak menjadi selepas menjuarai Bintang RTM 2009. Namun beliau akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi guru vokal pada tahun 2014. 

Beliau merupakan bekas graduan Ijazah Sarjana Muzik di Universiti Malaya. 

Ernie mula menjadi guru vokal di Akademi Muzik Bentley dan tidak menyangka Siti Nordiana, Sarah, Amira dan Azza sudi menjadi pelajarnya.



Mengeluarkan 8 single dan 1 album

Sejak memenangi Bintang RTM 2009, Ernie Zakri telah mengeluarkan 8 lagu dan 1 album iaitu Sinaran.  Antara lagu single Ernie adalah :

Mahu Ingin Bercinta (2011) 
Rindu Bukan Teman (2011) 
Khalimah Janji (2012) 
Takkan Pudar (2015) 
Ini Yang Ku Mahu (2015) 
Jangan Marah (2016) 
Aku Cinta (2017) (duet bersama Syamel)

Nama Ernie mula menjadi perhatian selepas lagu Jangan Marah dimainkan di radio. 

Serius, Iday tak pernah tahu lagu-lagu ni melainkan lagu Aku Cinta. Nampak tak macam mana susah dan usaha dia nak menapak dalam industri muzik Malaysia ni. 

Sedih pulak bila tengok dah banyak keluar single tapi tak dapat sambutan. Takpe, sekarang Ernie dah berjaya angkat nama dia malah dah menang anugerah Vokal Terbaik AJL32. Hehe


Pernah Mengantikan Tasha Manshahar ketika Separuh Akhir AJL 31

Ernie Zakri kali pertama membuat persembahan di AJL ketika menggantikan Tasha Manshahar untuk lagu Ragu-ragu. 


Then AJL32 baru-baru ini adalah penampilan sulong beliau sebagai finalist. Kali pertama ke pentas akhir dah berjaya menang anugerah Vokal Terbaik AJL yang sebelum ini dipegang oleh Dayang selama 3 tahun berturut-turut. Tahniah!





Juara Duo Star 2017 Dan Mendapat Standing Ovation Dari Dato' Hattan

Mula mendapat perhatian selepas menjadi juara Duo Star bersama Syamel dan bersyukur usahanya sejak tahun 2009 membuahkan hasil. 

Persembahan lagu Bujang Senang ini mendapat "standing ovation" dari Dato' Hattan. Ini adalah sudutan video dari Duo Star minggu 5.


Pasangan tersebut berjaya merangkul wang tunai sebanyak RM100,000 tajaan AuraWhite, baucar tunai Go Shop bernilai RM4000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Ernie Zakri hanya mula mengenali Syamel sebagai juara Akademi Fantasia 2015 dan mula rapat setelah sama-sama menyertai Duo Star. Mempunyai usia yang sebaya menyebabkan mereka mula serasi sehingga disalaherti sebagai pasangan yang bercinta. 

Tetapi Ernie menafikan dan hubungan mereka hanya setakat sahabat baik. Korang ni, asal rapat sikit cakap ada hubungan cinta. Hehe


Dijemput Untuk Buat Persembahan Bersama Dato' Siti Nurhaliza

Dalam majlis fesyen show Dato' Siti Nurhaliza, Ernie dihubungi oleh pihak Dato' Siti untuk membuat persembahan dan berduet dengan Dato' Siti Nurhaliza. Wahh bukan senang nak dapat peluang seperti ini.


Kemudian baru-baru ini, Dato' Siti memberi pujian atas persembahan Ernie Zakri dan Syamel ketika AJL 32.

Tunang  Syamel

Ini memang tak sangka tapi memang happy sangat dengan berita ni. Dahla dua-dua memang penyanyi hebat. 

Ernie dan Syamel selamat mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020.





------------

So, itulah 8 fakta menarik tentang Ernie Zakri. Jujur Iday mula mengenali Ernie selepas rancangan Duo Star dan tak sangka yang dia dah menapak di industri muzik Malaysia sejak tahun 2009. 

Kemudian persembahan Ernie Zakri dan Syamel di pentas akhir AJL32 mula melonjakan naik nama artis tersebut. 




Sekarang video persembahan mereka telah trending di Malaysia dan mempunyai jumlah tontonan lebih 1 juta pada hari pertama disiarkan. 



Akhirnya usaha Ernie Zakri berhasil dan Iday tak sabar nak dengar lagu-lagu terbaru dari Ernie Zakri. Hehe

Tahniah Ernie Zakri dan Syamel!




Nota Tepi : Dekat mana nak register nak jadi ahli kelab peminat Ernie Zakri? Hehe

Post a Comment

17Comments
  1. Mummy baru tau Ernie ni anak buah Ziana Zain.. Ada iras tang lonjongnya muka..hehehe

    ReplyDelete
  2. Ernie ni very talented. Sora sedap... Dia terkenal sekarang pun atas usaha sendiri.terbaeklah!

    ReplyDelete
  3. Bukan senang nak senang pada sesetengah orang kan.. ;)
    Apa-apapun suara dia memang menarik + baju dia cantik.. ;)

    ReplyDelete
  4. baru tahu dia ada kaitan dengan ziana zain

    ReplyDelete
  5. Sally pun kenal dia masa dia join Duo Star dgn Syamel..dan mmg tau dia jd guru vokal utk ramai artis..semoga dia lebih sukses

    ReplyDelete
  6. Dia dan Syamel juga buat persembahan semasa ulangtahun sambutan Hubungan Diplomatik Kerajaan Malaysia dan Thailand.

    Dia dan Syamel je penyanyi Malaysia di majlis tu.

    Aku tengok masa tu. Best!

    ReplyDelete
  7. Zira lagilah taktau sngt pasal erni, bila dngr lagu kat Ajl sedap suara dia

    ReplyDelete
  8. Kita minat gila..lg2 sejak nana ada mention nme ernie dlu... Mmg best suara dia kalau dh smpi thp jd guru vokal..hehehe..

    ReplyDelete
  9. fuh.. berliku2 rupanya perjalanan ernie sepanjang nak sampai kepada apa yang dia terima sekarang ni yea.. ingatkan penyanyi baru dari akademi fantasia.. rupa2 dari bintang rtm2009 lagi dia start bina nama.. walauapapun.. persembahan juara lagu 32 menjadi permulaan bersejarah buat ernie sebab berjaya rangkul anugerah vokal terbaik..

    iday.. ada satu lagi fakta tentang ernie.. ernie gayat kat tempat tinggi tau.. masa rehersal ernie takut naik tangga yang dia berdiri masa juara lagu 32 tu.. haha..

    ReplyDelete
  10. Suara dia memang sedap. Eh tak tahu pulak dia anak buah ziana zian dan anuar zain..no wonder lah sura dia power

    ReplyDelete
  11. Selama ni cuma tahu yang dia ni anak buah Ziana Zain :)

    ReplyDelete
  12. lor, anak sedara Ziana Zain rupanya.
    patut lah suara sedap.

    Skin Care 100% Organik

    ReplyDelete
  13. Minat jugak kat ernie sejak dia masuk duo star dengan syamel. Tapi tak pernah tahu dia ni anak saudara ziana & anuar zain.

    ReplyDelete
  14. Struggle gak Ernie ni nak Membina nama. Semoga terus Sukses 👍

    ReplyDelete
  15. Ernie sbnrnya dari kecil dah melakarkan nama pada Bintang Kecil. Hehe. Comel je tengok dulu.

    ReplyDelete
Post a Comment