Neelofa Kongsi Doa Mohon Rezeki

2

Assalamualaikum,



Tadi iday ada tengok satu video Neelofa dalam program Naura Shares dan Neelofa ada kongsikan cara dia berdoa untuk mohon rezeki.

Semua orang tahu macam mana hebatnya Neelofa sekarang dan memang menjadi sumber inspirasi untuk berjaya. Dah salah satu sebabnya dia tak putus-putus untuk berdoa dan selalu ingat Allah.

Selain tu, Neelofa ada kongsikan yang dia selalu minta ibunya untuk berdoa dalam apa-apa perkara yang dia lakukan. Contohnya nak gi meeting, Neelofa akan call atau whatsapp untuk minta "blessing" dari ibu dia sebab dia cakap doa seorang ibu tiada hijab.

Masa dengar ni iday rasa macam satu penyesalan sangat sebab jarang kongsi atau minta mak doakan bila ada perkara-perkara penting berlaku. Selalu minta mak doakan murahkan rezeki panjangkan umur dan tak specific. Sebab tu bagusnya bila call mak hari-hari dan minta dia doakan kita. Ini salah satu perkongsian Neelofa yang iday rasa sangat berharga.

Lepas tu Neelofa ada kongsikan cara dan doa dia bila nak mohon rezeki dari Allah. Korang boleh tengok video di bawah : https://www.facebook.com/watch/?v=463761791111256


Ya Allah yang Maha Pemurah, yang Maha Perancang,
berikanlah aku
rezeki seluas langitMu,
rezeki yang berkat,
rezeki yang tidak pernah putus seperti air Zam-Zam Mu,
rezeki yang bertebar ke seluruh dunia seperti bertebarnya air Zam-Zam Mu,
rezeki yang membawa kebaikan dan membawa aku ke syurgaMu,
rezeki yang tak disangka,
rezeki yang menjangkau akal fikiran,
rezeki yang membantu aku untuk berdakwah,
rezeki yang boleh membawa aku, keluarga, sahabat,
guru-guru dan semua yang mengenali aku ke syurga.


Lepas ni boleh amalkan doa ni selepas solat atau bila-bila masa je. Jangan lupa, kalau kita ingat Allah, Allah pon akan ingat kita. Hehehe




Tags

Post a Comment

2Comments
Post a Comment