Coronavirus : Selamat Ke Beli Barangan Dari China?

1


Siapa yang tak risau apabila satu dunia kecoh dengan penularan virus yang membawa maut di China?

Kes pertama melibatkan pekerja dan pelanggan yang terlibat di Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan. Kalau nak tahu, pasar tu bukan sahaja menjual makanan laut tetapi turut menjual haiwan hidup lain seperti kelawar, arnab, unta, ular, katak dan banyak lagi.

Ida harap sangat pihak perubatan akan jumpa kaedah rawatan untuk merawat jangkitan Coronavirus ni. Tadi pon ida ada baca, setakat hari ini (Isnin - 3 Februari 2020) seramai 17000 orang dijangkiti Coranavirus dan 361 orang telah meninggal akibat virus tersebut.

(AP Photo)

Takut kan? Cepat betul virus ni merebak!

Persoalannya, selamat ke kalau kita beli barang dari China terutama pembelian melalui laman web Shopee?

Nak dijadikan cerita, sebelum penularan virus ni Ida ada buat pembelian barang dari China di Shopee. Ida beli "Monthly Planner Chalkboard" untuk letak dalam bilik kerja Ida. Semua tahu yang barang dari China ni ambil masa dan barang yang Ida beli tu sampai lepas seminggu submit order.

Masa barang dah nak sampai, Ida memang risau sangat sebab takut terdedah dengan virus berbahaya tu. Dahla virus tu mula tersebar dari sana kan. So, Ida pon cari la info tentang keselamatan barangan yang dibeli dari China ni di sosial media dan google. 

Ada 3 sumber yang Ida rasa boleh dipercaya iaitu dari kenyataan doktor di Malaysia, Shopee Malaysia dan WHO (World Health Organization).

Ini adalah status yang dimuatnaik oleh Dr Azman Ibrahim dan Dr Ahmad Samhan (Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur)


"Virus mesti berada dalam benda hidup seperti dalam badan manusia atau haiwan dan boleh berpindah kepada orang lain melalui cecair badan seperti darah, air liur dan lain-lain"

"Tiada bukti menunjukkan virus korona terkini boleh merebak melalui penghantaran barangan dari negara yang terjejas."


Ini pula kenyataan yang dikeluarkan di laman Twitter Rasmi Shopee Malaysia



"Terima kasih kerana minat anda kepada Shopee. Kami komited untuk melindungi kesejahteraan pengguna kami. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, ia adalah selamat apabila menerima surat atau pakej dari China kerana Koronavirus tidak bertahan lama pada objek"

Tadi Ida pon ada check akaun Instagram milik WHO (World Health Organization) yang keluarkan kenyataan tentang isu ini.



So, dari sumber yang boleh dipercayai ni dah bagi kenyataan yang memang selamat kalau terima barang dari China.

Tapi kalau korang was-was dan tengah tunggu barang dari China, boleh la ikut langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


"Anda boleh menggunakan tisu yang telah dibasahkan dengan losen 'hand sanitizer atau sabun dan lap barangan yang baru sampai dari negara Chinadengan tisu yang dibasahkan tadi."

Tapi nasihat Iday, buat masa ni tak payah la beli lagi kalau barang tu tak penting. Takut jugak kalau ada risiko sebab kita pon tak tahu sangat tentang kemampuan virus ni.

Kita doakan semoga pakar perubatan akan jumpa cara untuk merawat dan mencari jalan untuk menghalang virus ini terus merebak.


Header : IMG Source

Tags

Post a Comment

1Comments
Post a Comment