Enter your keyword

Bila empat hari lambat datang bulan/period

eh, ini pon nak cerita?

Sebenarnya kalau korang nak tahu lambat datang period or datang bulan ni memang jadi isu besar untuk diorang yang baru kahwin atau masih belum mempunyai rezeki anak. Iday pula baru je kahwin(baru la sangat) and tidak merancang. So, kalau ada rezeki baby tu, alhamdulillah. Hehehehe

credit : google

credit : Google

So, iday pakai apps OvuView untuk pantau iday punya datang bulan, boleh mark hari yang iday ehem-ehem so boleh track betul-betul kalau dapat baby nanti. Contohnya macam doktor cakap dah pregnant 3 minggu, check jadual rupanya time tu dekat London. Oh anak mat saleh rupanya anak aku ni. Hahahaha berangan. 

Dari app ni juga, iday tahu exactly tarikh iday datang bulan sebab dia memang akan mark bila expected date kita datang bulan. So, start dari kahwin iday pakai app ni sampailah sekarang, memang ngam-ngam tarikh datang bulan sama dengan app tu. Hehehehe nak check waktu subur pon boleh, kalau yang betul-betul nak baby.

Boleh check sini untuk tahu kenapa lambat datang period and tanda-tanda pregnancy





Nak dijadikan cerita, bila hari datang bulan yang dijangka, sepatutnya ada la tanda-tanda datang bulan macam emosi terlebih, cirit birit tapi takde. So, iday macam fikir, eh takkan pregnant kot. Hahahaha 

So, bila tiba hari yang sepatutnya iday datang bulan, tak jugak datang. Terus cakap kat Islam.



"eh b, saya tak period ni"

"awak pregnant ke, wahhhh dapat baby" then pegang-pegang perut. 

"eh awal lagi la, baru sehari"

So, nampak la Islam punya excited bila aku lambat datang bulan. 

Maka bermula la hari-hari aku pantang. Hahahahahaha pantang ape?

Pantang makan nenas, minum nescafee. For those yang tak taw, iday addicted to caffeine. 1 hari tak minum, memang rasa incomplete. gituuuu. Hahahaha

Hari kedua belum datang lagi, awal-awal pagi islam dah tanya "period tak? ada baby ke? jom gi beli pregnancy test" . Hahaha kelakar wei ingat balik. Baru lambat sehari dah macam ni. 

Then aku pergi kerja, balik kerja Islam tanya lagi "period tak? ada baby ke? jom gi beli pregnancy test" . Aku cakap la dekat Islam, yang bagus check lepas 2 minggu (ni apa aku baca) . 

Boleh katakan tiap-tiap masa dekat rumah, Islam dok pegang perut aku. Then plan nama semua. Nama yang aku selalu nak memang dah ada lama sejak dulu lagi. Islam panggil-panggil guna nama yang kitorang nak tu. Hahaha

Masuk hari ketiga, aku tak minum nescafee. Haha serius wey, geram je nak capai nescafee and buat. Siap rasa sikit air nescafee Islam punya. Konon-konon taknak effect baby. Hahaha Dia tanya lagi "period tak? ada baby ke? jom gi beli pregnancy test, hari ketiga dah ni, biasa tak lambat macam ni" 

Hari keempat tu aku pon dah start tanda-tanda datang bulan, aku siap-siap cakap kat Islam.

"B, saya rasa saya nak datang bulan, sorry taw"

"Oh, takde baby la, okay-okay, huhuhu"

Kesian dia, tapi dia punya beria, memang aku risau. aku lambat sehari dia cakap nak call mak dia. Aku cakap belum lagi, awal lagi. Then aku saja-saja check whatsapp dia, ada juga whatsaap yang dia tanya kawan dia, "macam mana nak tahu bini aku mengandung?"

Oh well, 4 hari tak datang bulan/period rasa macam panjang . Nervous and takut pon ada. Kitorang risau takut tak prepare for that. Tapi bila fikir balik, 9 bulan tempoh lama, kau boleh prepare sepanjang tempoh tu. 


So, aku and Islam memang tak merancang, kalau dapat Alhamdulillah, dapat housemate baru. Hahahaha Sewa rumah bayar sama rata ye! Hahaha


Sekian, 

Ali, besar nanti baca ye blogpost ni, tengok abah hang excited. Hahahaha


5 comments:

  1. Kalau i dah lambat 1 minggu lebih macamana,tak de baby kan :-( :-(

    ReplyDelete
  2. Hahaha ayat paling best, sewa rumah hahaha

    ReplyDelete
  3. nak tanya...saya lambat 5hari haid..raaa ada tanda nak datang haid jg..susu bengkak, tumbuh jerawat...sakit pingang, bawah perut sakit tp darah haid blom kuar jg...sehari lewat haid tue sy ada buat pregnancy test tp xhamil plk..sy mengharap sgt dpt mengandung...

    ReplyDelete
  4. Comel je iday. Hahahah cx terbaca plak sbb cx dah 5days late ni. Cx mmg jns regular period. Huhu ntah2 ada baby hahahah .. but still cx tgu sampai seminggu. Kalau dah rezeki, kita terima. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List