Resepi Mudah Ayam Masak Lemak Cili Api (Cendawan/Kentang)


Hi Korang, 

Kali ini Iday nak kongsikan resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Cendawan. Iday memang paling suka masakan Lemak Cili Api ni sebab mudah dan sedap. 





Iday banyak share resepi masak lemak dalam blog ini, korang boleh check link di bawah :




Cuma kali ini Iday tambah cendawan dalam resepi masak lemak cili api Iday. Kebiasaanya Iday akan letak kentang. So, kalau korang tiada cendawan, boleh gantikan dengan kentang. 


Kalau nak tahu, cendawan ni korang letak la dalam apa-apa masakan, memang sedap. Haha



Bahan-bahan yang diperlukan

 8 ketul ayam
→ 1 keping asam keping atau 1 sudu asam jawa
→ 1 mangkuk cendawan (Iday guna cendawan berangan)
→ 1/2 kotak santan
→ 2 batang serai diketuk
→ gula dan garam secukupnya
→ 1 cawan air
→ daun kunyit yang dihiris

Bahan Kisar


→ 15 biji cili hijau (boleh letak lebih kalau nak pedas)

→ 5 biji bawang merah 
→ 2 ulas bawang putih
→ 1/2 biji bawang besar
→ 1 genggam ikan bilis
→ 1 inci kunyit hidup






Cara-cara memasak Ayam Masak Lemak Cili Api Cendawan

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama 2 batang serai yang diketuk.


2. Bila terbit bau, masukkan cendawan dan ayam. Kacau rata.


3. Masukkan air dan santan. Kemudian masukkan asam keping atau asam jawa.


4. Tambah daun kunyit. Kacau sekali-sekali hingga terbit minyak


5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambah air jika perlu


6. Masak lagi dan kacau hingga ayam empuk.




7. Bila ayam dah masak dan rasa kuah dah sedap, boleh dihidang.




Mudah kan nak masak Ayam Masak Lemak Cili Api ni. Korang boleh makan panas-panas dengan nasi putih bersama hirisan timun. Siap bertambah-tambah lagi. Hehehe



Korang boleh cuba resepi lain di blog Iday dengan klik gambar di bawah :



Selamat mencuba! 

Terima kasih sudi baca Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api (Cendawan/Kentang)!








Others Post




9 comments:

  1. Rajinnya iday masak. Masak lemak cili padi memang kesukaan akak dan keluarga. Makan confirm bertambah walaupun satu menu saja..

    ReplyDelete
  2. Nyum2.. dpt menyelerakn...boleh la buat untuk berbuka jap gi

    ReplyDelete
  3. Sedapnya... Dh lama xmsk lemak cili api.. Tp xpnh ltk ikan bilis..hehe.. Bleh try la resepi iday yg ni..

    ReplyDelete
  4. wah. vesi baru ni.. letak cendawan ya.. tak pernah try lagi. boleh la nanti buat camni.. tukar2 selera kan.. lagi satu masak lemak putik jagung. sedap idayy

    ReplyDelete
  5. Insyaallah nanti nak try la masak guna resepi yg iday share ni..

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi try bubuh cendawan. Selalu bubuh kentang je.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya masak lemak cili api.. Kalau suami ekin suka makan gulai lemak kuning lebih kurang ni gak la..

    ReplyDelete
  8. favourite ni..sedap...buat podeh2...perghhhh terangkat..

    ReplyDelete

Blog Archive