Header Ads

Beli Pokok Hidup Secara Online Di Shopee : My Houseplant Journey #2



Boleh ke beli pokok hidup @ real pokok dekat Shopee?

Ye, boleh hehe

Banyak kali dah sebenarnya Ida beli pokok secara online di website Shopee. Kadang-kadang pokok rare yang susah nak dapat dekat nursery ada dijual di Shopee. 

Sepanjang pengalaman Ida beli pokok dekat Shopee, ada yang dapat pokok elok dalam bungkusan dan ada juga yang sedikit rosak. Tapi, setakat ni kalau dapat yang tak elok, memang akan cuba untuk jaga elok-elok sampai dah cantik balik.

Artikel kali ni, Ida nak share senarai seller yang Ida dah pernah beli dengan diorang. Ida juga akan share pokok-pokok yang dibeli secara online.


1. Shopee - HTLuvelyShop (penjual dari Terengganu)

Ini pembelian pokok secara online yang pertama buat Ida. Mula-mula memang risau tapi lepas baca banyak review yang positif, Ida beli beberapa pokok antaranya Calathea orbifolia, N'joy money plant, Scindapsus pictus dan Pothos.

Beli Pokok Hidup Secara Online Di Shopee

Beli Pokok Hidup Secara Online Di Shopee

Masa dapat tu memang dalam keadaan elok dibungkus dalam kotak. Ida buat pembelian pada 26 Oktober 2019 dan dapat 31 Oktober 2019. Memang cepat kan?

Lagi satu, Ida tak sangka dapat Calathea orbifolia dalam saiz yang besar. Ingatkan dapat anak pokok je. Sama dengan gambar. Memang puas hati.

Buat masa ni, pembelian pokok di HTLuvelyShop diberhentikan buat sementara waktu kerana musim PKP. Harap nanti dah habis PKP, Ida dapat beli Calthea orbifolio lagi hehe.

2. Shopee - LS Group (penjual dari Penang)

Ida suka dengan seller ni sebab memang banyak pilihan pokok. Memang rambang mata sebab rasa macam nak beli semua hahaha

Yang paling best, cara dia susun produk tu. Contohnya dalam produk pokok Money Plant, ada banyak jenis Money plant seperti N'Joy, Marble Queen, Neon Pothos, Golden Phothos, Silver Satin Photos, Philo Brasil Pothos, Scindapsus truebii, Manjula dan Argraeus Pothos. Cuma perlu pilih je mana yang korang nak.

Ida dah pernah beli 4 pokok dari seller ni iaitu Philodendron 'Fun Bun', Sansevieria trifasciata 'Black Dragon', Asplenium Variegated dan Scindapsus truebii.

Beli Pokok Hidup Secara Online Di Shopee






Ida paling suka Fun Bun sebab dapat lawa sangat  walaupon daun patah. Takpe yang penting pokok sihat. Ida memang akan repeat lagi order dengan seller n.

Sebenarnya dah repeat pon hahaha Ida tengah tunggu 2 jenis pokok iaitu Ficus Elastica dan Spider Plant. Tak sabar!

3. Shopee - Home Garden (homegarden01)

Ida suka beli dengan seller ni sebab banyak pokok rare. Ida baru je beli Anthurium crystallinum, memang dah lama nak beli pokok ni tapi tak jumpa pulak dekat nursery rumah Ida ni.




Nanti nak beli Microsorum punctatum 'Dragon's Wing' dekat seller ni sebab dah lama nak pokok tu hahaha

So ini antara seller dekat Shopee yang Ida pernah buat pembelian dan memang puas hati. Mungkin nanti Ida akan cuba beli dengan seller lain pulak dan Ida akan update artikel ni hehe
                             
Kalau dekat IG shop pon ada jual pokok hidup tapi tak pernah cuba beli sebab selalu tak sempat sebab dah sold out. Nanti kalau Ida ada pengalaman beli dekat IG shop, Ida akan kongsikan di next artikel.



Ini adalah artikel kedua Ida tentang housplant, korang boleh check artikel lain tentang houseplant journey di link dibawah :

My Houseplant Journey (Pokok Hidup Dalam Rumah) #1

Bye!


Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓


6 comments

Rodiah Amir said...

wah penuh rumah dengan pokok eh..nice..tak pernah beli benda hidup dekat Shopee lagi ni

Warisan Petani said...

Nak pegi nersery pun tak boleh
Beli onlinelah.

Silah Hassy said...

hellok2 je pokoknya saya tengok. beli pokok hidup pun hujung jari ye sekarang. first time tau ni. hehe

ZEZE said...

saya pun beli pokok hidup kat shopee....hahahhaa....

yana said...

Cantiknya!!

Acuyuhan said...

SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
http://acuyuhan.blogspot.com/